Aktiviti Pembelajaran


DARJAH PENGHABISAN

<!--[if !supportLists]-->1.1               <!--[endif]-->se + kata adjektif + gandaan + kata nama

Contoh:

<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

<!--[if !supportLists]-->1.2               <!--[endif]-->ter + kata adjektif
Contoh:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

<!--[if !supportLists]-->1.3               <!--[endif]-->paling + kata adjektif
Contoh:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

<!--[if !supportLists]-->1.4               <!--[endif]-->kata adjektif + sekali
Contoh:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Sedap sekali ayam goreng ini.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.

<!--[if !supportLists]-->1.5               <!--[endif]-->ter + amat, sangat + kata adjektif
Contoh:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

<!--[if !supportLists]-->1.6               <!--[endif]-->amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali
Contoh:
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Peserta larian itu amat cergas sekali.
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.



2.            Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.

SALAH
BETUL
paling terbaik sekali
baik sekali
paling terbaik
paling baik
paling tercantik sekali
cantik sekali
paling tercantik
paling cantik
paling termasyhur
paling masyhur
paling masyhur sekali
masyhur sekali
paling terpandai sekali
pandai sekali
terindah sekali
terindah
terpandai sekali
terpandai
tertinggi sekali
tertinggi
terendah sekali
Terendah


KATA BILANGAN
1.             Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.

2.             Contoh Kata bilangan
               
Jenis Kata Bilangan
Contohnya
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)
Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.

3.             Kesilapan kata bilangan:
                a.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan
kata bilangan tentu.
SALAH
BETUL
Tiga motosikal itu berjenama Honda.
Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.
Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.

b.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).
SALAH
BETUL
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu
kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH
BETUL
Amran membeli beberapa buku cerita.
Amran membeli beberapa buah buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.
Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.

d.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH
BETUL
Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.
Semua surat-surat  telah dihantar kepada para tetamu.
Semua surat  telah dihantar kepada para tetamu.
Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.
Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.

e.  Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH
BETUL
Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.
Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?
Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.
Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.

f.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.
SALAH
BETUL
Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara.
Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.
Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.
Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

g.  Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH
BETUL
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.

h.  Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH
BETUL
Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.
Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.
Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.
Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.

<!--[if !supportLists]-->i.      <!--[endif]-->Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan  untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH
BETUL
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.
Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.
Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.
Beberapa  bahagian rumah pangsa itu telah retak.
Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
Tiga  mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.
               
                j.   Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.

SALAH
BETUL
Harga daging itu lapan setengah ringgit sahaja.
Harga daging itu lapan ringgit setengah sahaja.
Saya menunggu awak sudah dua setengah jam.
Saya menunggu awak sudah dua  jam setengah.




KATA PENGUAT
1.       Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
2.       Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
KATA PENGUAT
CONTOH
a.       penguat hadapan
terlalu, paling, agak
b.      penguat belakang
sekali, benar, nian
c.       penguat bebas
amat, sangat, sungguh

3.       Contoh:
a.       Digunakan di hadapan kata adjektif.
KATA PENGUAT HADAPAN
CONTOH
terlalu
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling
Sambal tumis itu paling sedap.
agak
Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b.      Digunakan di belakang kata adjektif
KATA PENGUAT BELAKANG
CONTOH
sekali
Pendapat murid itu baik sekali.
nian
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
benar
Cantik benar rantai mutiara ini.

c.       Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
KATA PENGUAT BEBAS
CONTOH
amat
1.   Kraf tangan itu amat cantik.
2.   Kraf tangan itu cantik amat.
sangat
1.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2.   Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
sungguh
1.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju.
2.   Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.

  1.  Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390)
Contoh:
a.       Suaranya sungguh amat merdu.
b.      Perangainya sungguh kurang sopan.
c.       Kata-katanya terlalu amat pedih.











5 comments:

  1. KATA GANTI NAMA DIRI
    1. Maksud
    Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

    2. Jenis:
    Terbahagi kepada 3 jenis:
    a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
    b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
    c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

    3. Bilangan penutur / pendengar:
    a. Tunggal (seorang)
    b. Jamak (lebih daripada seorang)

    4. Golongan pengguna:
    a. Masyarakat Moden
    b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
    c. Masyarakat Istana / Bangsawan

    5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
    a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
    Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya
    aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
    saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
    hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
    patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
    beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
    kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
    kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

    b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
    Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya
    anda (tunggal dan jamak)) Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
    awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
    engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
    Tuan hamba (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
    tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
    kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
    kamu (tunggal dan jamak)) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.



    c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
    diceritakan halnya tidak hadir)
    Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
    baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
    beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
    Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
    mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

    6. Bentuk kesilapan:

    SALAH BETUL
    “Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul. “Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
    Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun. Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
    Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
    “Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
    Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
    Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.
    Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. Mereka sedang bermain bola di padang.

    7. Ringkasan:

    Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
    Diri Pertama (penutur) aku
    saya
    patik
    hamba kami
    kita
    Diri Kedua (pendengar) awak
    kamu
    engkau
    encik
    cik
    saudara
    saudari
    tuan
    puan
    anda
    tuanku
    tuan hamba awak semua
    kamu semua
    saudara sekalian
    saudari sekalian
    encik-encik
    cik-cik
    tuan-tuan
    puan-puan
    anda semua
    kalian
    Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya) Dia
    Ia
    Beliau
    Baginda mereka

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kesudian mengkongsikan maklumat !

    ReplyDelete
  3. KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
    1. Maksud:
    Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.

    2. Contoh:
    Kata Ganti Diri Pertama Penerangan Ayat Contoh
    kau Asal daripada kata ‘engkau’. Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya. 1. “Surat ini hendaklah kaubaca,” pinta Encik Hazim.

    2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik sekali.
    ku Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat. 1. Kata Dina, “Lagu ini kutujukan untuk Shida yang berada di Johor.”

    2. “Aduh, sakitnya kakiku!” kata Dol.
    mu Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja. 1. Hasratmu akan aku tunaikan.

    2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Zuraini kepada Syafiqah.
    nya Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata sahaja. 1. Kakaknya menuntut di luar negara.

    2. Setiap kesalahan akan menerima balasan daripada-Nya.

    3. Bentuk kesilapan
    a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.

    SALAH BETUL
    “Warna apa yang kau minati?” tanya Azim kepada Syafiq. “Warna apa yang kauminati?” tanya Azim kepada Syafiq.
    “Kawan ku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti. “Kawanku ini berasal dari Sabah,” kata Arif kepada Sayuti.

    b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
    SALAH BETUL
    “Mu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan. “Kamu berdua tidak bekerja hari ini?” tanya Enzik Azwan.
    “Kau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman. “Engkau belum mandi lagi, Man?” tanya ibu kepada Rosman.

    c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.
    SALAH BETUL
    Ya Allah, aku memohon keampunanmu. Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
    Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hambanya. Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.

    ReplyDelete
  4. nota yang jelas, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat...

    ReplyDelete